my site..

Saturday, April 30, 2011

Pesanan utk Temuduga bagi calon lepasan SPM..

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan

  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga

  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga

  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda

  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal

  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda



Sebagai tambahan:

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA LEPASAN SPM

1.susun sijil dengan betul dalam file dengan kemas.Ingat sijil SPM paling penting!!!hari temuduga ramai je tak bawa sijil asli.kena marah free free..


2.pakai baju formal.


3.OFFkan HANDPHONE ANDA!!!

4.Disiplinkan diri..

5.kasut bertutup dan bagi perempuan tak perlu la kasut high heels tinggi.

6. Time masuk kena bagi salam.Jangan lupa tutup pintu.Jangan belakangkan punggung kat diorang.bagi sijil.dia suruh duduk baru duduk.


7..korang tunjukkan minat korang tuh.isu semasa kena study dan study apa kos yang korang minta tuh.


8..Hubungan dengan ALLAH jgn lupa..sebelum temuduga bacalah doa sedikit..









No comments:

Post a Comment