my site..

Saturday, September 3, 2011

::Just 5::

Assalamualaikum w.b.t

Berikan saya ruang utk berbicara..Anda tidak perlu berlari,berjalan,melompat atau ke hulu ke hilir..mudah sahaja bukan??Sebagai mukaddimah,peningkatan kes jenayah,kes rogol,kes samun, kes zina dan sebagainya kini semakin 'kronik'..seolah-olah tiada jalan penyelesaian..jadi?? apa kaitannya dgn JUST 5 ??

JUST 5 sebenarny bermaksud hanya lima minit ja utk luangkan masa bersolat.. SUSAH KE??

eh,apa pasal mamat nieyh??cakap pasal solat dgn kes2 yg berlaku zaman skrg..apa kaitannya?? boleh ke solat bantu kita dalam tangani masalah ni??hurm..kawan,teman,'visitors'...

JAWAPANNYA PASTI BOLEH..

Firman ALLAH S.W.T

Yang bermaksud : "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang,maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati ALLAH semasa kamu berdiri atau duduk,dan semasa kamu berbaring.Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram,(berada dalam keadaan aman),maka dirikanlah sembahyang itu dengan sempurna sebagaimana biasa.Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya.."
(surah an-Nisa' : 103)

Sebagai umat Nabi Muhammad,kita hendaklah memerhati, memahami,dan menghalusi sehalus-halusnya perintah solat ini.Baginda Nabi SAW telah berpesan kpd umat islam sejak 1400 tahun lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak2 tentang ibadah solat sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika umur 1o tahun.Kita wajib berdoa mengharapkan anak2 dan keturunan kita sentiasa mendirikan solat sesuai dgn Firman ALLAH :


Terjemahan dari Tafsir Ar-Rahman : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


Kepentingan Solat

Allah s.w.t telah berfirman: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" .Tentu kita yang mengaku beragama Islam sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Di dalam perkara sembahyang,penerimaannya oleh individu Islam umumnya terbahagi kepada 2 golongan..Yang pertama meninggalkannya walaupun tau kewajipannya dan kedua yang melakukannya..Hadis Rasulullah yang berbunyi: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".Hadis ini merupakan arahan kepada kita bahawa sebagai umat baginda,kita mestilah mengerjakan sembahyang mengikut sunnah baginda dan meninggalkan perkara-perkara yang bid'ah di dalam sembahyang.Ini kerana hanya sembahyang mengikut sunnah Rasul sahaja yang akan dapat menjadi pencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.


Justeru lahirlah satu kaedah iaitu: al-wiqoyah khairun minal �ilaj yang bermaksud mencegah lebih baik dari merawat. Pendekatan ini dapat diselami melalui firman Allah s.w.t: Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al-Israk: 32) Ayat di atas memberikan panduan dalam menghindarkan berlakunya zina iaitu dengan memastikan segala aktiviti yang mendekatkan atau membawa kepada perzinaan hendaklah dihindari lebih awal...Melalui apa semua ini??dengan solat semestinya kerana solat akan mendekatkan diri kita kepada ALLAH...


SEDAR KE TIDAK??

Selalunya kita berpendapat bahawa pelaku jenayah harus di kaunseling dan terapi supaya ada ruang bagi mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Tetapi apabila tragedi yang kejam seperti cabul, rogol dan bunuh berlaku seperti yang semakin menjadi-jadi sekarang, naluri manusia berubah kepada mewajarkan sebarang tindakan yang pada asalnya dianggap kejam. Malah jika ditanyakan sanubari keluarga kepada mangsa yang terlibat pastinya hanya satu jawapan yang akan diberi iaitu bunuh sahaja si perogol itu! Dalam situasi sekarang kewajaran mengenakan hukuman berat ke atas penjenayah kejam secara tidak langsung menyokong kebenaran Islam dalam menyediakan hukuman yang amat berat kepada pelaku-pelaku jenayah syariah. Meskipun ramai yang memandang masih kabur mengenai undang-undang syariah yang menetapkan bentuk hukuman berat seperti sebatan kepada penzina, memotong tangan bagi pencuri dan bunuh bagi jenayah bunuh namun jika ditanya suara hati mangsa dan keluarga mangsa pastinya hukuman ini amat wajar kepada pelaku jenayah. Rogol boleh dikategorikan sebagai jenayah zina di mana pelaku rogol yang akan dikenakan hukuman..

SOLAT ITU PENTING....
1.Meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH
2.Mencegah daripada melakukan kemungkaran
3.Senaman yg mudah dan rileks
4.Sebagai panduan hidup
5.mengelakkan kes2 jenayah..

sila hubungi :
2-solat subuh
4-solat zohor
4-solat asar
3-solat maghrib
4-solat isya'

talian yg percuma.Anda akan menerima banyak ganjaranNya.Maaf, tidak ada cabutan bertuah.. Semua orang boleh mendapatkannya!!!

- JUST 5-