Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.
[
sunting] Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang
Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama
Kristian dan
Yahudi.
Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat
Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali
Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam
Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya
Abdullah dan emaknya
Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu
Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan
Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke
Madinah. Peristiwa ini dipanggil
Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota
Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh
Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.
[
sunting] Perkembangan Islam
Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia.
Kerajaan Bani Ummaiyyah,
Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan
Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin.
[
sunting] Khulafa al-Rasyidin
Untuk rencana utama: sila lihat
Khulafa al-Rasyidin632M- Kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi
khalifah.
Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke
Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan
Musailamah al-Kazzab.
633M- Pengumpulan
Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar.
Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan
Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan
Madain, ibukota
Empayar Parsi Sassanid.
636M- Penaklukan
Syria,
Mesopotamia, dan
Palestin.
637M-
Mesir ditawan.
638M- Penawanan
Baitulmuqaddis oleh tentera
Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh.
Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di
Afrika Utara.
Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang
Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar
Parsi Sassanid ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh.
Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya
Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada
Madinah ke
Kufah.
Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali
Hijaz dan
Yaman daripada
Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.
[
sunting] Kerajaan Bani Ummaiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat
Kerajaan Bani Ummaiyyah661M-
Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke
Afrika Utara. Penaklukan
Kabul.
677M- Penawanan
Samarkand dan
Tirmiz. Serangan ke atas
Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah.
Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan
Saidina Hussein.
685M- Khalifah
Abdul Malik menjadikan
Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan
Sepanyol,
Sind, dan
Transoxiana.
712M- Tentera
Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan
Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M-
Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan
Nimes di
Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di
Kufah,
Iraq ditangan tentera
Abbasiyyah.
750M-
Damsyik ditawan oleh tentera
Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
[
sunting] Kerajaan Bani Abbasiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat
Kerajaan Bani Abbasiyyah752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan
Abdullah bin Ali. Pembunuhan
Abu Muslim.
756M-
Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota
Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di
Sepanyol.
786M-
Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan
Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta.
Algebra dicipta oleh
Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang
Byzantine. Penawanan Pulau
Rhodes dan
Cyprus.
809M- Kewafatan
Harun al-Rashid.
Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara
Al-Amin dan
Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M-
Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M-
Multan dan
Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera
Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun
1258 apabila tentera
Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera
Kristian tawan
Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan
Sicily, pemerintahan
Muslim di sana tamat.
1095M-
Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan
Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M-
Nuruddin Zengi tawan
Edessa daripada tentera
Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M-
Salahuddin Al-Ayubbi tawan
Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera
Muslim menawan
Delhi,
India.
1236M- Tentera Kristian tawan
Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera
Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan
Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.
[
sunting] Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk rencana utama: sila lihat
Empayar Turki Uthmaniyyah1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di
Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah
Turki Seljuk ditubuhkan di barat
Anatolia.
1301M-
Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai
sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi
Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera
Serb di
Kosovo.
1402M-
Timurlane, Raja
Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di
Ankara.
1451M- Sultan
Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M-
Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan
Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar
Byzantine.
1520M- Sultan
Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas
Vienna.
1571M-
Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan
Muhammad IV1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan
Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan
Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M-
Napoleon cuba untuk menawan
Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa
Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan
Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit
Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di
Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya
Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya
Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres
Berlin.
Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan.
Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai
Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan.
Austria menyerang
Bosnia dan Herzegovina.
1912M-
Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki
Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M-
Mustafa Kemal Atatürk mendarat di
Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan.
Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"